Thursday, July 3, 2014

Taman Kosas, AMpang

Kali ini kami memasuki pula kediaman mewah sebuah condominium ternama di ampang...kami difahamkan oleh pemilik, beliau mahukan suasana dan mood yang berbeza apabila memasuki ruang2 yang berlainan. jadi kami menyerahkan 100% pilihan pada pemilik untuk memilih dan merasai mood dengan mainkan warna-warna yang tertentu, mengikut kesesuaian ruang...

jom kita lihat hasilnya,




cantik , esklusif dan menawan kan...terima kasih pada puan sekeluarga kerana menggunakan perkhidmatan aspen deco...

En. Jaafar , Klang selangor

untuk kali ini kami update kediaman tuan jaafar yang terletak di Klang, selangor. kami difahamkan tuan rumah baru sahaja mengubahsuai rumah mereka dan mahukan wallpaper dipasang disudut2 tertentu...

tiada  spesific tema yang dipilih, hanya mahukan konsep yang tenang dan bersesuaian dengan ruang tersebut.

jom kita lihat!






















Ringkas dan sejuk mata memandang....terima kasih kepada tuan sekeluarga kerana menggunakan perkhidmatan aspen deco...

PROMOSI KERTAS DINDING HARI RAYA 2014

Salam ramadhan kepada semua pelanggan-pelanggan sekalian...rasanya dh lama aspen deco tak mengupdate blog, atas kesibukan yang memanjang...kami di aspen deco juga tidak ketinggalan bagi tahun ini untuk membuat promosi kertas dinding bersempena hari raya bagi tahun 2014 ini....

JOM KITA LIHAT PROMOSI!!!!!


FOR 1ROLL KOREAN WALLPAPER + INSTALLATION CHARGES 

= RM450 < boleh cover 150sqft >


Promosi ini hanya akan berjalan sehingga 30 syawal...Jadi REBUTLA Peluang ini dengan menghantar email anda kepada kami di wallpapersdeco@gmail.com
jika anda mahu pemasangan wallpaper dengan segera, hanya emailkan pada kami no telefon anda, dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin....

Monday, May 5, 2014

UITM, Puncak Alam

Kali ini aspen deco dipangil untuk menghiasi ruang pejabat di UITM puncak alam....jom kita lihat!!!




HAH !!! puas tak lihat gamba yang saya attachkan ini...sebenarnya  nak tunjukkan yang wallpaper ini sangat cantik apabila telah dipasang...memang bijak profesor disana memilih design wallpaper bagi menghiasi ruang  disana...
hanya pakej RM599 sahaja yang dipilih....Terima kasih tidak terhingga kepada pihak UITM kerana memilih perkhidmatan aspen deco.

D Kayangan Shah Alam

Wow sudah lama rasanya tak update blog ini...almaklumla sibuk sikit...nie sambung kembali untuk rumah kali ini di shah alam hanya mengenakan wallpaper untuk 2 feature wall sahaja...jom lihat!!!


Ini adalah ruangan pintu masuk kediaman tersebut. kombinasi warna kelabu wallpaper dan putih perabot membuat hati merasa tenang tatkala masuk di kediaman ini.









ini pula feature wall dibahagian ruang makan...
 

 Pakej yang digunakan untuk kedua-dua ruang ini hanya menggunakan pakej rm399 dan rm599...amat berbaloi...terima kasih kepada tuan rumah kerana menggunakan perkhidmatan aspen deco...

D

Friday, April 18, 2014

snap n win contest

BERITA BAIK!!!!!! semua, ada pengumuman penting bagi snap n win contest ini akan dilanjutkan sehingga penhujung bulan april ini..contest ini dilanjutkan atas masalah teknikal yg telah timbul....

Jangan Bimbang, selepas 30 April itu nanti kami akan mengeluarkan semua penyertaan dan akan mengumumkan pemenang nya....

jadi TUNGGUUUUUUUU ya!!!!

Friday, March 14, 2014

SNAP ' n ' WIN Contest 2014

Buat semua pelanggan yang dikasihi, sempena tahun 2014 ini kami di Aspen Deco akan mengadakan pertandingan yang dinamakan Snap n Win, di mana setiap pelanggan -pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan dari Aspen Deco layak menyertai pertandingan ini.

PEMENANG akan menerima
FREE 1 PAKEJ KOREAN WALLPAPER RM599 !!!!
MUDAH sahaja caranya iaitu :-


 Ambil gambar wallpaper pada dinding anda..wallpaper mestilah dibeli dan dipasang oleh ASPEN DECO.



Edit gambar tersebut sekreatif yang mungkin...PASTIKAN !!! warna dan design sebenar wallpaper tidak berubah....

Hantarkan gambar anda menerusi email di wallapersdeco@gmail.com

TARIKH TUTUP PENYERTAAN PADA 15 APRIL 2014......

SELAMAT MENCUBA dan SEMOGA BERJAYA !!!!!



Sunday, March 9, 2014

hayati, bukit antarabangsa

kali ini kami berkunjung kerumah puan hayati, di bukit antarabangsa...puan hayati mahukan wallpaper dipasang diruang tamunya bersempena majlis yang bakal diadakan dikediamannya....konsep santai yang di mahukan dek kerana saban hari sibuk menguruskan perniagaan apabila pulang kerumah akan rasa damai...

jom lihat apa hasilnya...kertas dinding yang menjadi pilihanya...





semuanya dari pakej rm599...




Wednesday, February 12, 2014

Putrajaya ,puan rabeyah

untuk kediaman diputrajaya kali ini, pemilik kediaman mahukan konsep yang tenang dan mendamaikan jiwa...
untuk kediaman ini puan rabeyah mahukan wallpaper dipasang keliling ruang tamu, tangga dan feature wall master bedroom...
Jom kita lihat apa wallpaper yang dipilih...
ini adalah keadaan ruang sebelum pemasangan wallpaper...
ini pula setelah siap
ini pula gambaran dekat wallpaper , sb wallpaper plain dlm gambar xnmpk design nya...

ini ruang master bedroom.